Bermula kisah saya bersalin macam ni, tarikh due date doktor
bagi 11hb Jun, tapi bersalin awal 2 minggu dari tarikh tersebut. Waktu tu saya
dan suami balik Penang untuk buka puasa sebab hari pertama bulan o
Keesokkan hari, mak saya ajak jumpa doktor pakar dekat
Sungai Petani. Sekadar buat consultation dari swasta sebab sebelum ni memang
refer dari klinik kesihatan kerajaan je. Mana tau ada apa-apa yang nurse dan
doktor dari klinik kerajaan terlepas pandang.
Saya pilih Dr. Zainol untuk check keadaan saya dan bayi
dalam kandungan. Berdasarkan buku merah tue, doktor pakar cakap saya ada darah tinggi. Masa tue
kandungan saya dah 38 minggu bermakna dah cukup bulan nak bersalin. Dari zahir
memang saya sihat dan belum ada sakit atau tanda-tanda nak bersalin.
Kalau saya tunggu juga, darah saya akan naik. Jadi kena
lakukan pembedahan. Sebab ibu mengandung sepatutnya darah kena bawah dari 80. Sama
juga kalau tunggu cukup 40 minggu takde rasa sakit tetap kena buat pembedahan,
darah tinggi tetap akan naik yang boleh membahayakan saya (boleh jadi sawan) dan bayi dalam kandungan
seperti bayi lemas dalam perut atau makan najis.
Dr. Zainol bagitau esok dah boleh buat pembedahan sebab saya
memang dah cukup bulan untuk bersalin. Setelah
berbincang dengan suami dan keluarga, malam tu pukul 10 malam saya masuk wad. Kena
puasa sebab esok pukul 8 pagi dah kena jalani pembedahan.
Malam tu dalam wad memang saya tak boleh tidur. Duk fikir
sepanjang malam esok pagi saya akan bersalin melalui kaedah Cesarean.
Esoknya saya ditolak ke bilik bedah. Pembedahan bermula
pukul 8 pagi. Selesai pembedahan lebih kurang pukul 8.50 pagi, saya telah
selamat lahirkan bayi lelaki dengan berat 2.75 kg pada 29hb Mei iaitu Ramadhan ke-3. Alhamdulillah, saya dan bayi
dalam keadaan selamat dan bayi pun sihat.
Saya redha,
bersyukur, dan berterima kasih atas segala ketentuan Allah S.W.T. ni rezeki
bahagian saya walaupun saya tidak dapat bersalin secara normal seperti yang
saya harapkan. Dah memang takdir dan perancangan Allah Taala itu lebih baik. Doakan
yang baik-baik.