Friday, 21 July 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama



Bermula kisah saya bersalin macam ni, tarikh due date doktor bagi 11hb Jun, tapi bersalin awal 2 minggu dari tarikh tersebut. Waktu tu saya dan suami balik Penang untuk buka puasa sebab hari pertama bulan o

Keesokkan hari, mak saya ajak jumpa doktor pakar dekat Sungai Petani. Sekadar buat consultation dari swasta sebab sebelum ni memang refer dari klinik kesihatan kerajaan je. Mana tau ada apa-apa yang nurse dan doktor dari klinik kerajaan terlepas pandang.

Saya pilih Dr. Zainol untuk check keadaan saya dan bayi dalam kandungan. Berdasarkan buku merah tue, doktor pakar  cakap saya ada darah tinggi. Masa tue kandungan saya dah 38 minggu bermakna dah cukup bulan nak bersalin. Dari zahir memang saya sihat dan belum ada sakit atau tanda-tanda nak bersalin. 

Kalau saya tunggu juga, darah saya akan naik. Jadi kena lakukan pembedahan. Sebab ibu mengandung sepatutnya darah kena bawah dari 80. Sama juga kalau tunggu cukup 40 minggu takde rasa sakit tetap kena buat pembedahan, darah tinggi tetap akan naik yang boleh membahayakan saya  (boleh jadi sawan) dan bayi dalam kandungan seperti bayi lemas dalam perut atau makan najis.

Dr. Zainol bagitau esok dah boleh buat pembedahan sebab saya memang dah cukup bulan untuk bersalin. Setelah berbincang dengan suami dan keluarga, malam tu pukul 10 malam saya masuk wad. Kena puasa sebab esok pukul 8 pagi dah kena jalani pembedahan.

Malam tu dalam wad memang saya tak boleh tidur. Duk fikir sepanjang malam esok pagi saya akan bersalin melalui kaedah Cesarean. 

Esoknya saya ditolak ke bilik bedah. Pembedahan bermula pukul 8 pagi. Selesai pembedahan lebih kurang pukul 8.50 pagi, saya telah selamat lahirkan bayi lelaki dengan berat 2.75 kg pada 29hb Mei iaitu Ramadhan ke-3. Alhamdulillah, saya dan bayi dalam keadaan selamat dan bayi pun sihat.

Saya redha, bersyukur, dan berterima kasih atas segala ketentuan Allah S.W.T. ni rezeki bahagian saya walaupun saya tidak dapat bersalin secara normal seperti yang saya harapkan. Dah memang takdir dan perancangan Allah Taala itu lebih baik. Doakan yang baik-baik.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Aina Shahirah | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in